Selasa, 26 Mei 2009

Ketaatan - Pengisian Untuk Usrah Kawasan

Assalamualaikum
‏1. PENDAHULUAN

Ketaatan dalam perjuangan adalah satu sifat yang wajib kepada setiap ahli, terutama mereka mempunyai jawatan. Setiap arahan parti sudah tentu mempunyai tujuannya yang tersendiri. Sikap mempersoalkan arahan parti adalah sikap yang menimbulkan suasana tidak selesa dalam jemaah, kerana apabila telah mula dipertikaikan akan keputusan-keputan parti, sikap taat akan hilang dari ahli jemaah. Pihak jemaah berhak menjelaskan arahan atau pun sebaliknya, berdasarkan keperluan dan maslahah jemaah.

2. PIHAK YANG MESTI DITAATI (Surah An-Nisa’, ayat 59)

يا أيها الذي ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمرِ منكم فإن تنازعتم في شىء فردوهُ إلى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليومِ الآخرِ ذلك خيرٌ وأحسنُ تأويلا

Maskud ayat :
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

1. Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah mutlak, dengan maksud tidak perlu dibincang.
2. Ketaatan kepadap ulil amri tidak mutlak, malah bergantung kepada ketaatannya terhadap Allah dan RasulNya.
3. Jika kamu berbantahan dengan ulil amri kamu, maka rujuklah Allah dan RasulNya.
4. Jika seandainya kamu enggan merujuk kepada Allah dan RasulNya, maka kamu sebenarnya tidak yakin dengan hari kiamat.

‏قل أطيعوا اللهَ وأطيعوا الرسول فإن تَوَلَّوا فإنما عليه حُمِّلَ وعليكم مَّا حُمِّلتُمْ وإنْ تُطِيْعُوا تهتَدُوا وما على الرسولِ إلا البلاغُ المبين

Katakanlah lagi (kepada mereka): Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayat petunjuk dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata.


3. SKOP KETAATAN

عَنْ ‏ ‏ابْنِ عُمَرَعَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَنَّهُ قَالَ ‏
‏عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلا أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ
Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Wajib ke atas setiap orang muslim mendengar serta taat kepada arahan samada dia suka atau tidak kecuali dia diperintahkan supaya melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dia dengar dan mentaatinya Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3423
1. Ketaatan mesti diberikan kepada ketua walaupun seseorang itu tidak meminati atau tidak menyukai ketuanya.
2. Ketaatan hanya dibenarkan kepada perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan kehendak Allah.
4. KETAATAN MELALUI BAI’AH
‏عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ ‏ ‏قَالَ
‏كُنَّا يَوْمَ ‏ ‏الْحُدَيْبِيَةِ ‏ ‏أَلْفًا وَأَرْبَعَ مِائَةً ‏ ‏فَبَايَعْنَاهُ ‏ ‏وَعُمَرُ ‏ ‏آخِذٌ بِيَدِهِ تَحْتَ الشَّجَرَةِ وَهِيَ ‏ ‏سَمُرَةٌ ‏ ‏وَقَالَ ‏ ‏بَايَعْنَاهُ ‏ ‏عَلَى أَنْ لا نَفِرَّ وَلَمْ ‏ ‏نُبَايِعْهُ ‏ ‏عَلَى الْمَوْتِ

Hadis Jabir r.a katanya:
Ketika peperangan Hudaibiah bilangan kami seramai satu ribu empat ratus orang, kami telah membuat perjanjian taat setia dengan Rasulullah s.a.w. Umar telah mengambil tangannya (berjanji) di bawah sepohon pokok yang bernama Samurah. Jabir berkata lagi: Kami tidak berjanji setia dengan Rasulullah untuk mati tetapi untuk tidak lari dari medan pertempuran. Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3449
1. Baiah atau taat setia boleh dilakukan berdasarkan keadaan semasa, peristiwa-peristiwa tertentu.
2. Tempat bai’ah yang berlakukan bai’ah seharusnya mempunyai kaitan dengan urusan bai’ah itu sendiri.
3. Bai’ah yang dilakukan dalam hadis ini ialah tidak lari dari medan perang.
Hadis yang lain :
3 jenis golonga manusia yang tidak mencium bau syurga iaitu : (1) Orang yang syirikkan Allah (2) Orang yang menderhaka kepada ibunya dan (3) Orang yang lari dari medan perang.
‏ ‏عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ ‏ ‏أَنَّهُ سَمِعَ ‏ ‏عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ ‏ ‏يَقُولُا ‏ ‏كُنَّا ‏ ‏نُبَايِعُ ‏ ‏رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ يَقُولُ لَنَا فِيمَا اسْتَطَعْتَ

Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya: Kami telah berikrar setia kepada Rasulullah s.a.w untuk tunduk dan taat. Beliau bersabda kepadaku: Iaitu sekadar yang kamu mampu. Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3472

طاعَةٌ وقولٌ معروفٌ فإذا عَزَمَ الأمرُ فلو صَدَقوا اللهَ لكان خيرا لهم – أل عمران 21
Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah). Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.
Taujihat Ayat :
Manusia akan mematuhi serta mentaati jika sesuatu arahan itu ada manafaat untuk dirinya sendiri.
Setiap petugas jemaah perlu mengenali potensi diri dan juga kemampuan diri sehingga boleh menempatkan diri di posisi yang sesuai dengan kemammpunya itu, ini juga mempunyai kaita dengan ketaatan.
Terdapat juga pejuang yang tidak patuh dengan arahan jemaah, sehingga mengelak dalam banyak keadaan, banyak alasan yang tidak syar’i yang dikemukakan.
Keadaan orang munafiq di Madinah ketika peperangan tabuk, jelas menunjukkan bahawa memberi alasan untuk mengelakkan diri dari menyertai perjuangan adalah perangai orang munafiq.

PENUTUP
Mudah-mudahan setiap ahli dapat memahami dan mencurahkan ketaatan kepada yang berhak memperolehinya selepas pembentangan ini.

Isnin, 11 Mei 2009

Perancangan Allah Lebih Sempurna

Alhamdulillah petang tadi (11 Mei 09), sejarah telah dicatat mengenai kemenangan Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Saya bertanya kepada rakan-rakan seperjuangan agak-agaknya menang ke kes di Makhamah esok (isnin) ? ramai yang kata, kita dah tahu keputusannya, maksudnya biasanya kalahlah walaupun kita rasa kes ini kita yang sepatutnya menang kerana banyak bukti-bukti perundangan menyebelahi kita.
Tapi apa yang berlaku sesuatu yang amat mengejutkan. Kita patut sujud syukur dengan perkembangan yang menyebelahi kita ini. Sesungguhnya benarlah firman Allah :
ومكروا ومكر الله والله خيرا ماكرين
(Mereka melakukan perancangan dan Allah juga melakukan perancangan-Nya, dan Dialah yang sebaik-baik melakukan perancangan)
Itulah ayat yang sesuai untuk kita baca......inilah ayat juga selalu kita baca.....serulah nama Allah banyak-banyak, wahai pejuang Islam. Kemenangan kita ada kaitan dengan aqidah, kemenangan kita kerana kita bergantung pada Allah.
Kita masih tidak pasti apa akan berlaku pula selepas ini. Mungkinkah BN akan melakukan sesuatu yang diluar batasan keadilan, sebagaimana yang dilakukan ketika 7 mei lalu dalam DUN Perak?
Semua perkara boleh berlaku. Sama-samalah kita berdoa, agar Allah meneruskan perancanganNya dan memandu kita ke arah jalan yang diredhaiNya.
Sampai ke malam ini saya cuba mencari apakah sebenarnya yang ingin Allah sampaikan kepada kita pejuang-pejuang Islam ? dan apakah juga mesej yang ingin Allah sampai kepada penyokong-penyokong BN?
Allah berfirman :
(Orang-orang yang diberikan kuasa di atas muka bumi, mereka mendirikan solat.....)
Inilah yang diajarkan oleh tok-tok guru kita selama ini, Firman Allah Ta'ala:
"Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat"
Inilah dia kesan-kesan sabar dan solat yang kita laksanakan selama ini, oleh yakinlah dengan Allah serta kekuasaanNya. ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD