Khamis, 25 Jun 2009

Pas tetah utuh dan teguh memenuhi kemahuan rakyat....

Assalamualaikum
Setelah agak cemas dengan sedikit ujian dalaman, jemaah kita terus gagah meneruskan perjalanan da'wahnya ke hadapan. Inilah ciri-ciri jemaah Islam yang sebenarnya, biarpun ada ujian sebesar manapun, sehebat manapun, namun penyelesaiannya kelihatan jua akhirnya. Masih ramai pendukung jemaah yang ikhlas dengan perjuangan ini, yang menyokong parti dengan jiwa dan hatinya. Sememangnya musuh yang berada di hadapan kita pasti akan menyerang kita dari segenap sudut.
Di antara sebab parti kita terus teguh ialah asas kewujudannya. Sebagaimana yang pernah disebut oleh Dato' Harun Taib dalam bukunya "Berbilang jemaah", bahawa satu ciri penting yang menjadikan parti kita kekal ialah "wujudnya kerana kepentingan dan keperluan masyarakat, bukan kerana kepentingan yang lain"!
Parti Islam Semalaysia banyak menapis du'at yang mendukunginya, sesiapa yang ditapis, akan terkeluar dari jemaah tanpa dilakukan apa-apa perancangan. Allah menapis setiap ahli jemaah tidak jujur dengan jemaah.
Janganlah hendaknya kita termasuk dari golongan yang ditapis, sehingga mengeluarkan kita dari perjuangan ini.
Wahai teman-teman seperjuangan, ikhlaslah dengan perjuangan kita ini, jagalah amanah perjuangan ini, berjuanglah bersungguh-sungguh. Kita telah mulai meraih kemenangan, kita dah hampir pasti dapat menobatkan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan yang kita idam-idamkan selama ini.
Semoga Allah memelihara setiap pemimpin kita dari sebarang fitnah yang diusahakan oleh musuh-musuh kita, biarlah Allah jadikan setiap pemimpin parti kita pemimpin yang hormat menghormati antara satu sama lain, serta faham memahami antara satu sama lain. Semoga Allah jadi setiap ahli jemaah dan penyokongnya bersikap dan bersifat matang dalam berjuang. Sekianlah sahaja, semoga mendapat sedikit manafaat.

Amalan Memasukkan Syurga dan Menjauhkan neraka

Assalamualaikum
Agak lama tidak up date blog ulama' ini. Mohon maaf banyak-banyak, banyak sangat kerja semenjak dua menjak ini. Buat kali ini, saya akan catatkan satu hadis Nabi yang amat banyak pengajarannya. Hadis ini riwayat Termizi kata Termizi Hadis ini adalah hadis hasan sohih:
وعن معائٍ رضي الله عنه قال : قلتُ يا رسول الله : أخبِرنِي بعملٍ يُدخِلُنِي الجنةَ ويُباعِدُنِي منَ النارٍ؟ قال : لقد سألتَ عن عظيمٍ وإنهُ لَيَسِيرٌ على مَنْ يَسَّرَهُ اللهُ تعالى عليه : تَعبُدُ الله لا تُشرِكَ به شيئاً وتُقيمُ الصلاةَ وتُؤتِيَ الزكاةَ وتصومَ رَمَضانَ وتَحُجَّ البيتَ إنِ استطَعتَ إليه سبيلا ثم قال : ألا أَدُلُكَ على أبوابِ الخيرِ؟ الصومُ جنةٌ والصدقةُ تُطْفئُ الخطيئةَ كما يُطفئُ المآءُ النارَ وصلاةُ الرجلِ من جوفِ الليل ثم تلا : تتجافي جنوبهم عن المضاجع حتى بلغَ يعمَلون, ثم قال : ألا أُخْبِرُكم برأس الأمرِ وعَمُودُهُ وذِروَةِ سِنَاْمِهِ؟ قلتُ بلى يا رسول الله. قال : رأسُ الأمر الاسلام وعَمُودُهُ الصلاة وذِروَةُ سِنَاْمِهِ الجهاد, ثم قال ك ألا أُخبرُك بهلاكِ ذلك كُلِّهِ؟ قلتُ بلى يا رسول الله, فأخذبلسانِهِ قال : كُفٍّ عليك هذا قلتُ يا رسول الله وإنا لَمُؤَاخّذّون بِما نتَكَلَّمُ به؟ فقال : ثَكِلَتْكَ أُمُّكَو وهل يَكُبُّ الناسَ في النارِ على وُجُهوهِهِم إلاَّ حَصائِدُ ألْسِنَتِهِم ؟
dan dari Ma'az rodiyaAllah 'anhu katanya: "Aku pernah berkata, wahai Rasulallah, khabarkan padaku amalan yang boleh memasukkanku ke Syurga dan menjauhkanku dari neraka? Jawab baginda "Kamu bertanya sesuatu yang besar, sesungguh sesiapa yang dimudahkan Allah maka mudahlah baginya :
1. Sembahlah Allah,
2. Jangan kau syirikkanNya dengan sesuatu,
3. Dirikanlah solat (fardhu),
4. Tunaikan zakat,
5. Puasalah di bulan Ramadhan,
6. Lakukanlah haji jika kamu ada kemampuan,
Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan padamu akan pintu-pintu kebaikan ?
1. Puasa itu perisai
2. Sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkaan api
3. Solat seseorang di tengah malam
kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud "ia menjauhkan diri dari tempat tidur...hingga akhir ayat", kemudian sabda baginda lagi "Tidakkah kamu ingin ku beritahu tentang kepala sesuatu, tiangnya dan kehebatannya ? kata Ma'az "Bahkan, beritahulah wahai Rasulallah, sabda baginda :
1. Kepala sesuatu amalan ialah Islam
2. Tiangnya ialah solat, dan
3. kemuncaknya ialah jihad,
kemudian kata baginda, mahukah aku beritakan tentang perkara yang membinasakan semua tadi ? kataku (Ma'az), "bahkan ya Rasulallah!" lalu baginda memegang lidahnya dan bersabda "cukuplah kamu dengan ini!". Kata Ma'az "Wahai Rasulallah, "adakah semua yang kita cakapkan akan diambil kira?" jawab baginda ".....dan tidakkah terjerumus muka-muka manusia ke dalam neraka di atas akibat perbuatan lidah mereka ?
(Penterjemaah hadis di atas, ada sedikit kesilapan....akan dibetulkan kembali Insya Allah)