Khamis, 25 Jun 2009

Pas tetah utuh dan teguh memenuhi kemahuan rakyat....

Assalamualaikum
Setelah agak cemas dengan sedikit ujian dalaman, jemaah kita terus gagah meneruskan perjalanan da'wahnya ke hadapan. Inilah ciri-ciri jemaah Islam yang sebenarnya, biarpun ada ujian sebesar manapun, sehebat manapun, namun penyelesaiannya kelihatan jua akhirnya. Masih ramai pendukung jemaah yang ikhlas dengan perjuangan ini, yang menyokong parti dengan jiwa dan hatinya. Sememangnya musuh yang berada di hadapan kita pasti akan menyerang kita dari segenap sudut.
Di antara sebab parti kita terus teguh ialah asas kewujudannya. Sebagaimana yang pernah disebut oleh Dato' Harun Taib dalam bukunya "Berbilang jemaah", bahawa satu ciri penting yang menjadikan parti kita kekal ialah "wujudnya kerana kepentingan dan keperluan masyarakat, bukan kerana kepentingan yang lain"!
Parti Islam Semalaysia banyak menapis du'at yang mendukunginya, sesiapa yang ditapis, akan terkeluar dari jemaah tanpa dilakukan apa-apa perancangan. Allah menapis setiap ahli jemaah tidak jujur dengan jemaah.
Janganlah hendaknya kita termasuk dari golongan yang ditapis, sehingga mengeluarkan kita dari perjuangan ini.
Wahai teman-teman seperjuangan, ikhlaslah dengan perjuangan kita ini, jagalah amanah perjuangan ini, berjuanglah bersungguh-sungguh. Kita telah mulai meraih kemenangan, kita dah hampir pasti dapat menobatkan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan yang kita idam-idamkan selama ini.
Semoga Allah memelihara setiap pemimpin kita dari sebarang fitnah yang diusahakan oleh musuh-musuh kita, biarlah Allah jadikan setiap pemimpin parti kita pemimpin yang hormat menghormati antara satu sama lain, serta faham memahami antara satu sama lain. Semoga Allah jadi setiap ahli jemaah dan penyokongnya bersikap dan bersifat matang dalam berjuang. Sekianlah sahaja, semoga mendapat sedikit manafaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan