Selasa, 1 September 2009

PRINSIP PAS DENGAN ARAK

Assalamualaikum
Agak lama tidak up date blog ini, mohon maaf banyak-banyak kepada semua ahli Pas Ampang kerana kurang efisyen dalam kerja-kerja. Bukannya sengaja, tetapi banyak sangat kerja yang mahu diselesaikan. Campur dengan meeting sana meeting sini, liqo' sana ligo' sini, tambah-tambah bulan Ramadhan pula menjelang, lagilah menambahkan agenda yang telah sedia banyak.
Saudara sekelian....
Ada beberapa isu yang diperkatakan sepanjang blog ini membisu, antaranya ialah isu arak yang memperlihatkan pertembungan antara Dato' Haji Hassan dengan Ronnie Liu. Agak menarik juga isu ini kerana ia mempamerkan prinsip Pas dalam perkara-perkara haram. Pas tidak pernah berundur dari berpegang kepada prinsip biarpun ia menyentuh PR secara langsung. Setiap komponen PR perlu sedar bahawa Pas parti Islam. Kalau namanya Islam, maka Islamlah pembawaannya, Islamlah pegangannya. DAP kena faham prinsip yang telah sedia wujud dalam Pas sejak awal penubuhannya lagi. Pas tidak pernah menggadai prinsip Islam yang juga merupakan selari dengan prinsip parti itu sendiri.
Ada satu article yang di tulis oleh 'non muslim' dalam The Star beberapa hari yang lalu, yang mana penulisnya berbangsa cina menulis dengan agak sinis tentang arak. Adakah arak yang menjadi budaya sesuatu bangsa, turut dianggap budaya kepada bangsa lain, rasanya tidak munasabah. Dalam Islam apabila dinyatakan arak itu haram dan tidak dibenarkan sama sekali kepada penganutnya, tidak bermakna Islam turut mengharamkan untuk penganut agama lain meminumnya! Malah Islam membenarkan arak dijual mengikut kapasiti atau bilangan non muslim yang meminum arak.
Cuma masalahnya, ada terdapat gedung tempat menjual arak ini telah menjualnya kepada orang Islam, tindakan ini amat tidak sesuai dengan roh satu negara. Malah ada non muslim yang langsung tidak menghormati orang Islam yang terlalu sensetif dengan arak ini. Kita umat Islam sentiasa menjaga dan menghormati siapapun termasuk penganut agama lain. Memang Islam mengajar kita untuk menghormati sesama manusia.
Sikap menyindir tentang hukum hakam agama Islam seolah-olah mencurahkan petrol yang senang dan mudah untuk memulakan suatu kebakaran. Setiap hukum hakam Islam untuk umat Islam sahaja, bukannya menyentuh agama lain. Kenapa ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memberikan komen dan pandangan yang mengguriskan hati umat Islam.
Pihak DAP misalnya perlu sedar dan perlu menghormati pendirikan Pas yang menjadi tonggak kepada umat Islam di Malaysia, mereka juga sepatutnya memberikan penjelasan kepada kaum cina tentang prinsip Pas dan ahlinya. Insya' Allah jika sama-sama jaga, dan sama pelihara maka kesepaduan dalam PR akan terus utuh dan kuat.
Sekadar pandangan dan rungutan hati......dari ketua Urusan Ulama Ampang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan