Selasa, 13 Oktober 2009

Tarbiah Haraki oleh Us Idris Ahmad mengenai Bagan Pinang

Salam buat semua rakan dan teman seperjuangan. Semalam 13/10/09 saya sempat hadir dalam satu pengisian yang amat menyentuh perasaan. Kuliah Haraki disampaikan oleh Ketua Penerangan Pusat iaitu Ustaz Idris Ahmad. Banyak cerita tentang bagan pinang.....yang paling saya tertarik ialah kata ustaz "Allah uji kita secara praktikal!". Betapa pentingnya cawangan dan kegiatan cawangan. Bagan Pinang tidak mempunyai banyak cawangan, yang ada hanya 4 cawangan sahaja. Dari segi cawangan kita tidak mempunyai kekuatan di Bagan Pinang.
Perkara penting juga disebut oleh Us Idris ialah, jangan kita berharap dengan kecenderungan undi bukan Islam ketika PRU12, kerana ia mungkin akan berpusing pada bila-bila masa. Contoh Bagan Pinang jelas, ramai pengundi India yang berpaling tadah apabila dijanjikan dengan rumah kos rendah yang diluluskan kerajaan serta merta sebanyak 25 juta. Orang pas beri beras, orang BN beri periuk nasi elektrik. Orang bukan Islam akan berpaling tadah disebabkan harta dan kewangan. Kita orang pas tidak diajar dengan kebendaan, kerana kebendaan itu bersifat sementara.
Saya pernah mendengar ucapan Dato' Hassan Shukri satu ketika dulu ketika mana parti kita di asak sewaktu PRU11. Kelantan kita menang hanya majoriti 1 kerusi, kita tumbang di Terengganu. Beliau mengatakan bahawa kita tidak boleh asaskan kemenangan kita dengan "ISU-ISU". Kita mesti asaskan kemenangan kita atas dasar aqidah dan kemuliaan perjuangan kita ialah keadilan sejagat yang di bawa oleh agama kita yang suci. Meskipun nampaknya masa diperlukan agak panjang....tetapi kemenangan berdasarkan kesedaran adalah lebih kekal dan lama masanya.
Pengajaran di Bagan Pinang mengajar kita supaya menguatkan saf jemaah dengan segala program dan aktiviti. Ahli kita mesti kembali di tarbiah, ahli kita mesti kembali di ajak ke markas untuk mengetahui perkembangan parti mereka.
Semoga mendapat manafaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan