Khamis, 30 April 2009

Ajk Urusan ulama

Salam untuk semua rakan-rakan terutama ustaz-ustaz yang tinggal di Kawasan DUN Lembah jaya yang merasai diri bertanggungjawab dengan perjuangan dan jihad, sila hantar alamat e-mail ustaz2 semua untuk ana contact. Sila hubungi ana melalui ushukriharun@yahoo.com. Mudah-mudahan urusan ulama ampang akan lebih cemerlang dengan penyertaan ustaz-ustaz.

Isnin, 27 April 2009

Masing-masing ada jasanya

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan yang saban hari berada di medan juang. Perjuangan kita ini bukannya suatu perniagaan untuk mendapat untung dunia yang besar dan lumayan, akan tetapi ianya adalah suatu perjuangan yang menelan ramai syuhada'/pejuang. Untuk berada di takuk sekarang ini (mood kemenangan), kita perlu ingat ramai isteri-isteri jadi janda, ramai anak-anak menjadi yatim dan keluarga kehilangan orang tersayang. Kita bangkit dengan kesukaran dan kepayahan. Tidak kurang harta yang dikorbankan dan tidak kurang keringat yang mengalir.
Ingatlah sahabat-sahabat sekelian tentang susahpayah ketika berjuang ini. Ingatlah ketika kita derita bersama dalam perjuangan. Ingatlah ketika minum air segelas dan makan sepinggan. Ingatlah ketika kita sama-sama pedih mata kerana bom gas dari fru. Ingatlah ketika kita menghantar pejuang-pejuang kita ke penjara isa. Ingatlah ketika kita menghantar pejuang-pejuang kita mengharungi ranjau dan duri...ingatlah.
Semua ini mampu mewujudkan kekuatan perpaduan di antara kita, semangat setia kawan di kalangan kita, kekuatan persahabatan antara jiwa dengan jiwa kita. Janganlah disebabkan pertandingan dan perebutan jawatan yang bakal berlaku akan menjadikan kita renggang dan bermasam muka, juga berjauh hati. Kita bukan berada di saf lawan kita yang saban hari menghulurkan pengeras untuk syarat perjuangan mereka, kita bukan seperti lawan kita yang sanggup melakukan apa sahaja demi melayani keinginan individunya. Perjuangan kita adalah perjuangan bertunjangkan ketaatan dan kepatuhan kepada ketua, kerana inilah kekuatan kita dan kesepaduan saf kita.
Dalam surah sof Allah berfirman "Sesungguhnya Allah menyukai orang berjuang dalam sof yang satu, seumpama mereka adalah satu binaan yang kukuh". Inilah kaedah kita berjuang, ayat ini tetap menjadi bacaan kita malam dan siang, penawarnya terlalu mujarab. Kalau sesiapa yang berjuang tidak memahami keinginan ayat ini, maka mereka perlu merujuk kembali tafsirannya yang disebut oleh para ulama haraki seperti Syed Qutb dan Hassan Al Banna.
Kita tidak mahu pertentangan merebut jawatan menjadi alat yang memecah belahkan kita sebagaimana lawan kita yang sudah tidak mampu balik kembali ke asal perjuangan mereka, umpama retak menanti belah. Perjuangan kita diasaskan oleh aqidah, kepercayaan, tanggungjawab dan sebagainya. Ini yang menjadikan kita selama ini kekal dengan prinsip perjuangan yang tidak pernah goyah selama ini.
Kita mempunyai penyokong-penyokong yang sanggup bergolok bergadai demi perjuangan, yang sanggup menghabiskan seluruh harta bendanya untuk penerusan perjuangan. Kenapa kita tidak mengenang semua suasana ini.
Pimpinan yang sedia ada telah membuktikan kemampuan mereka, 5 negeri telah berada di tangan kita. Kita berjaya meraih kemenangan dengan bantuan ALLAH. Inilah gambaran kepada kejayaan pimpinan kita sekarang. Apakah kepimpinan yang ada sekarang ini perlu disisihkan, kalau perlu apa pula sebabnya dan apa pula alasannya. Biarlah kepentingan jemaah dikedepankan bukan kepentingan individu diutamakan, jangan pula kita dihantui dengan sikap berkem-kem yang mampu memporak perandakan kesepaduan yang telah sekian lama kita bina dengan begitu murni.

Darjah Yang Tinggi Kepada Pejuang Islam

Firman Allah Ta'ala :
(Wahai Orang-orang beriman, Jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu, Dia pasti menetapkan tumit-tumit kamu)
Inilah ayat yang menjelaskan pertolongan Allah kepada sesiapa yang berjuang meninggikan agama Allah. Allah akan menolong pejuang-Nya dengan meneguhkan kaki-kaki mereka dalam perjuangan Islam, sehingga mereka mati dengan perjuangan ini. Marilah sama-sama kita meneruskan usaha-usaha menolong agama Allah, agar kita terus layak mendapat kelebihan-kelebihan sebagai pejuang Islam yang dijanjikan Allah. Firman Allah dalam surah Taubah ayat 20
الذين ءامنوا وهاجروا وجاهدوا في سبيل الله بأموالكم وأنفسكم أعظم درجة عند الله واولئك هم الفائزون
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Dalam ayat ini Allah menyatakan 3 golongan yang berjaya dengan mendapat setinggi-tinggi darjat iaitu (1) Orang2 yang beriman (2) Orang2 yang berhijrah, dan (3) Orang2 yang berjihad. Inilah golongan yang mendapat kejayaan, kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga kita terus berada di jalan da'wah ini. ALLAHUAKBAR.

Ulama' Ampang 2009

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan seperjuangan di DUN Lembah Jaya. Tahniah di atas semua ahli jawatankuasa baru 2009/2011 yang menang dalam mesyuarat agung semalam. Allah sahaja yang mengetahui betapa besar dan hebatnya tanggungjawab dan amanah yang diletakkan di bahu kita sebagai pejuang-Nya di sepanjang zaman.
Pada hari ini, blog Ulama' Ampang telah dimulakan untuk menyahut seruan Ulama peneraju ummah yang dilaung-laungkan oleh kepimpinan kita selama ini. Insya' ALLAh Ulama' ampang akan cuba sebaik mungkin.
Berilah sokongan anda kepada program-program ulama yang bakal dilaksanakan di masa-masa akan datang.
Sekian Ketua Urusan Ulama Ampang 2009/2011.