Tapi apa yang berlaku sesuatu yang amat mengejutkan. Kita patut sujud syukur dengan perkembangan yang menyebelahi kita ini. Sesungguhnya benarlah firman Allah :
ومكروا ومكر الله والله خيرا ماكرين
(Mereka melakukan perancangan dan Allah juga melakukan perancangan-Nya, dan Dialah yang sebaik-baik melakukan perancangan)Itulah ayat yang sesuai untuk kita baca......inilah ayat juga selalu kita baca.....serulah nama Allah banyak-banyak, wahai pejuang Islam. Kemenangan kita ada kaitan dengan aqidah, kemenangan kita kerana kita bergantung pada Allah.
Kita masih tidak pasti apa akan berlaku pula selepas ini. Mungkinkah BN akan melakukan sesuatu yang diluar batasan keadilan, sebagaimana yang dilakukan ketika 7 mei lalu dalam DUN Perak?
Semua perkara boleh berlaku. Sama-samalah kita berdoa, agar Allah meneruskan perancanganNya dan memandu kita ke arah jalan yang diredhaiNya.
Sampai ke malam ini saya cuba mencari apakah sebenarnya yang ingin Allah sampaikan kepada kita pejuang-pejuang Islam ? dan apakah juga mesej yang ingin Allah sampai kepada penyokong-penyokong BN?
Allah berfirman :
(Orang-orang yang diberikan kuasa di atas muka bumi, mereka mendirikan solat.....)
Inilah yang diajarkan oleh tok-tok guru kita selama ini, Firman Allah Ta'ala:
"Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat"
Inilah dia kesan-kesan sabar dan solat yang kita laksanakan selama ini, oleh yakinlah dengan Allah serta kekuasaanNya. ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan